Wednesday, April 22, 2009
Masih menunggu sentuhan DS Najib
Seterusnya
Tuesday, April 21, 2009
Jambatan bengkok yang merogol Singapore lambang kedetektoran Tun Mahathir
selanjutnya
BN jadi parti 'nakhoda zaman'
Perdana Menteri berkata, apa yang beliau maksudkan sebagai parti 'nakhoda zaman' ialah BN perlu melakukan perubahan mendahului zaman yang sepatutnya dilakukan oleh semua pemimpin BN.
Sunday, April 19, 2009
Sejarah jika BN tidak bertanding - Inilah perubahan!!!!
Anak Tun
Petikan kenyataan Tun Mahahthir dalam kempen beliau menjatuhkan Khairy Jamaluddin - Beliau akan mengulangi ini sepanjang hayatnya . Apa lagi yang Tun mahukan . Mukhriz telah pun dilantik sebagai timbalan menteri atas desakan Tun.Beliau mengingatkan pemimpin Umno terutama generasi muda supaya tidak mencari jalan mudah untuk memperoleh kedudukan dan kuasa termasuk melalui amalan rasuah yang akhirnya akan membinasakan parti.Inilah kata kata retorik Tun sehingga ada kalangan ahli UMNO yang sudah naik bosan. Sepatutnya Tun berkata , pemimpin muda jangan cari jalan mudah untuk memperolehi kedudukan kuasa dengan mengamalkan penyalahan pengaruh dengan mendesak ayah nya memberikan beliau kuasa dengan cara mengarahkan PM untuk melantik beliau sebagai Timbalan Menteri , tidak kira lah atas alasan arahan mahu pun sengaja mahu beri untuk menyedapkan hati Tun atau apa juga. Rakyat bukan buta dan tidak tahu menilai kebolehan beliau. Sungguh memalukan apabila menerima jawatan Timbalan Menteri atas kabel ayah, Ini lagi dayus dan malukan UMNO.
Jambatan Bengkok
Sekiranya Najib tunduk dengan desakan Tun dengan bersetuju membina kembali jembatan bengkok, komfirmlah Malaysia kini bukan di perintah oleh Najib tetapi di perintah oleh Tun Dr Mahathir. Tun tidak mahu Najib lantik Khairy Jamaluddin dan singkir Azalina , Ini telah pun ditunaikan. Tun mahu anaknya menjadi Timbalan Menteri , Ini juga telah di turuti. Tun mahu Muhyiddin jadi TPM , Ini juga telah dituruti, Tun mahu jambatan bengkok dan ini juga berlaku, bererti Tun lah Perdana Menteri yang ke 4 dan ke 6.
Friday, April 17, 2009
Rosol lawan siapa ni… Ahmad atau istana?
DALAM Berita Harian (Jumaat 17 April 2009), ADUN Ajil dan bekas calon Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Rosol Wahid secara terang-terangan mahu Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said digantikan dengan alasan ‘pelbagai masalah dan kelemahan’ kepemimpinannya.
“Kami sudah hilang keyakinan terhadap beliau. Terlalu banyak masalah yang mencerminkan kelemahan dalam mentadbir negeri…”
Dengan kenyataan Rosol yang tewas dalam percubaannya menumbangkan Tengku Putera Tengku Awang dalam perebutan jawatan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu mendedahkan memang ada usaha sebenarnya mereka (10 ADUN) membuat undi tidak percaya kepada Menteri Besar.
Wednesday, April 15, 2009
APA ISTIMEWA MUKHRIZ ? KALAU TIDAK BERIKAN PADA YANG MENANG JANGAN BAGI PADA YANG KALAH.
Persoalan yang masih bermain dalam fikiran rakyat dan juga ahli UMNO baik penyokong atau bukan penyokong Mukhriz adalah , bagaimana Mukhriz boleh dilantik sebagai Timbalan Menteri . Inilah yang masih tidak terjawab dan pasti ianya akan menjadi satu pertanyaan sampai bila bila di fikiran rakyat. Apa istimewa Mukhriz, apa yang mendorong Najib memilih Mukhriz sebagai timbalan menteri. Ada yang berkata Mukhriz dilantik sebagai timbalan menteri bukan dasar kebolehan atau kelayakan beliau yang boleh menempatkan beliau di kerusi timbalan menteri. Ramai yang berkata Mukhriz dipilih atas dasar Tun Mahathir. Jika bukan kerana Tun Mahathir pasti Mukhriz tidak kemana. Bukan memihak kepada Khairy sebagai seorang penulis yang tidak pro kepada sesiapa saya berani berkata , antara Mukhriz sememang nya Khairy lebih baik dari Mukhriz.
selanjutnya
Tuesday, April 14, 2009
Tuesday, April 14, 2009 1. MACAM MANA RAKYAT MAHU UNDI BN - BARU MENANG JAWATAN NAIB SUDAH PAKAI 6 BODY GUARD KETIKA BERKEMPEN .
selanjutnya
Monday, April 13, 2009
Berita rengkas: Transformasi UMNO
Selain dari itu Perlis juga sedang bergolak ketika ini.di sini
@@@@ JANGAN PUTAR BELIT KEYATAAN SAYA - MUHYIDDIN
Tah apa-apa tah

selanjutnya
Sunday, April 12, 2009
Dari Blog MSO-Semi Autobiografi si Pembakar Jambatan

Dari blog MSO
Siulan Malam
Semi Autobiografi si Pembakar JambatanBagus sungguh Rais Yatim ini.
Selanjutnya
Saturday, April 11, 2009
MAHATHIR PERLU SEORANG MUSUH DALAM SATU MUSIM UNTUK KEKAL SIHAT

Oleh Salim Selamat
Khairy Jamaluddin kata dia tidak kecewa kerana tidak tersenarai dalam saf kabinet baru. Beliau sudah mengetahuinya sebelum ini setelah Najib berbincang dengan beliau supaya menumpukan perhatiannya kepada Pemuda yang diketuainya. Mungkin benar.
Apa yang menjadi persoalan besar ialah mulut Tun Mahathir masih menyebut kegembiraannya yang Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin tidak dilantik apa-apa jawatan dalam kabinet.
Rumah siap , pahat dah mula berbunyi....
Berita 1 -Najib perjelas peranan Khairy
11/04/2009 7:47pm
“Dia faham keadaannya dan tak ada masalah bagi dia,” kata Najib apabila ditanya mengenai pendapat setengah pihak bahawa Ketua Pemuda Umno patut diberi peranan dalam Kabinet.
Pada sidang akhbar dengan media Malaysia di sini malam tadi, Najib berkata adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang.
Konspirasi pemilihan UMNO

Tulisan ini adalah olahan kembali dari Sdr Mohd Alam Ismail - Jasin Melaka .
Tajuk - konspirasi pemilihan UMNO
1 Ali Rustam dijadikan korban kerana janji DS Najib dengan Tun dan juga TS Muhyiddin dan juga Tun Mahathir . Dalam konspirasi ini Najib dijadikan Bad Boys untuk mendesak Tun Abdullah untuk letak jawatan. DS Najib hanya memainkan peranan sebagai orang baik yang cukup sabar menunggu saja Pak Lah bersedia meletakkan jawatan,. Mungkin ini telah disusun ketika Najib bertemu dengan Tun Mahathir. TS Muhyiddin akan mendesak dan jika rancangan ini berjaya , Najib janjikan tempat timbalan presiden UMNO merangkap Timbalan Pedan Menteri. Apabila proses pemiliha berlanjutan , tiba-tiba klimak geng perubahan menjadi sejuk , ke populariti Muhyiddin jatuh dan ke populariti Mukhriz juga jatuh dan ketika itu kebangkitan Ali Rustam , Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo memuncak meneggelamkan DS Muhyiddin dan juga Mukhriz.
Selanjutnya
