
Dalam banyak banyak isu nampaknya isu pemuda juga yang hangat diperkatakan , mengapa Pergerakan ini menjadi perbualan kebanyakan bloggers dan juga penganalisis politik. Semenjak pemilihan sehinggalah keputusan telah diumumkan dan sah sudah Khairy Jamaluddin adalah Ketua Pemuda UMNO , tetapi isu ini tetap dibangkitkan lagi.
Senarai saf saf yang DS Najib yang dikatakan yang telah insaf sudah pun dihidangkan oleh orang-orang tertentu mengikut cita rasa nya dan DS Najib telah pun merasa hidangan yang dihidangkan dan telah mengangkat ibu jari nya ...ermmmmm sedapnya.
Selanjutnya
Keciciran dari Kabinet NajibKertas Politik Pertama Bagi Khairy
BIARPUN menggunakan gebal setebal mana sekali pun Khairy Jamaluddin tidak boleh menyembunyikan rasa kecewanya kerana tidak dilantik sebagai anggota Kabinet. Khairy boleh berkata dengan seribu kata-kata politik, namun hakikatnya beliau sendiri tidak boleh menolaknya. Hati kecilnya tetap bertanya sendiri, kenapa.. kenapa dan bagaimana?
Bagaimana tidak kecewa, penyusunan Kabinet baru itu sebahagian daripada tektik untuk memalu dan kemudian membunuhnya secara senyap dalam geluk Umno.
selanjutnya