Pertama kali kita dengar BN mungkin tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya kecil , dayus sungguh UMNO yang gakut di bumi sendiri di tanah pemerintahan sendiri. Apakah Najib mahu membuat suatu kelainan dari Pak Lah, jika Najib mahu buat satu kelainan sekali jangan lah sampai UMNO dilihat sebagai dayus dan takut. Jika UMNO tidak bertanding di Penanti, Orang UMNO nak undi siapa. UMNO tidak akan terlibat dalam kempen pilihan raya yang mana kita akan dihentam tidak melawan. Silap silap orang UMNO di Penanti akan membantu mana -mana parti yang akan bertanding. PKR tidak akan mahu menang tanpa bertanding , mereka pasti akan menaja calon bebas bagi mengadakan pilihan raya yang mana mereka aka menguasai pilihan raya berkenaan, ilham apa yang Najib dapat ini? Jangan malu kan UMNO , ini tidak perlu dibincangkan dalam MT kerana pastinya dan wajibnya UMNO perlu bertanding. Menang kalah perkara kedua. UMNO bukan tidak pernah kalah dalam pilihan raya kecil , Jika kalah juga tidak akan membuat sebarang perubahan kepada mana-mana pemerintahan , Jika tidak mahu guna banyak wang , UMNO tidak perlu berkempen besar-besaran , Tak perlu janji projek berjuta-juta , tidak perlu turun satu Malaysia. Biar UMNO Permatang Pauh dan Pulau Pinang sahaja yang uruskan pilihan raya kecil ini.
Anak Tun
Petikan kenyataan Tun Mahahthir dalam kempen beliau menjatuhkan Khairy Jamaluddin - Beliau akan mengulangi ini sepanjang hayatnya . Apa lagi yang Tun mahukan . Mukhriz telah pun dilantik sebagai timbalan menteri atas desakan Tun.Beliau mengingatkan pemimpin Umno terutama generasi muda supaya tidak mencari jalan mudah untuk memperoleh kedudukan dan kuasa termasuk melalui amalan rasuah yang akhirnya akan membinasakan parti.Inilah kata kata retorik Tun sehingga ada kalangan ahli UMNO yang sudah naik bosan. Sepatutnya Tun berkata , pemimpin muda jangan cari jalan mudah untuk memperolehi kedudukan kuasa dengan mengamalkan penyalahan pengaruh dengan mendesak ayah nya memberikan beliau kuasa dengan cara mengarahkan PM untuk melantik beliau sebagai Timbalan Menteri , tidak kira lah atas alasan arahan mahu pun sengaja mahu beri untuk menyedapkan hati Tun atau apa juga. Rakyat bukan buta dan tidak tahu menilai kebolehan beliau. Sungguh memalukan apabila menerima jawatan Timbalan Menteri atas kabel ayah, Ini lagi dayus dan malukan UMNO.
Jambatan Bengkok
Sekiranya Najib tunduk dengan desakan Tun dengan bersetuju membina kembali jembatan bengkok, komfirmlah Malaysia kini bukan di perintah oleh Najib tetapi di perintah oleh Tun Dr Mahathir. Tun tidak mahu Najib lantik Khairy Jamaluddin dan singkir Azalina , Ini telah pun ditunaikan. Tun mahu anaknya menjadi Timbalan Menteri , Ini juga telah di turuti. Tun mahu Muhyiddin jadi TPM , Ini juga telah dituruti, Tun mahu jambatan bengkok dan ini juga berlaku, bererti Tun lah Perdana Menteri yang ke 4 dan ke 6.