Thursday, May 21, 2009
Betul dah , apa yang Najib lakukan
selanjutnya
Wednesday, May 20, 2009
Apakah keputusan BN tidak bertanding bijak ?
Seterusnya
Saturday, May 16, 2009
Mahathir: Saya tidak akan campurtangan isu jambatan bengkok
Meskipun kecewa dengan pembatalan projek tersebut, Dr Mahathir berkata beliau tidak akan mempengaruhi kerajaan untuk menyambung semula projek itu.
Sunday, May 10, 2009
3/4 dari apa yang saya laporkan diakui adalah benar 1/4 lagi disorok untuk menyerang saya .
Selanjutnya
Thursday, May 7, 2009
Kalau takut dilanda ombak jangan berumah ditepian pantai , kalau takut dugaan blogging .... berhenti saja lah blogging
Saya baru saja pulang dari kerja dan setelah beristirehat dan menunaikan apa yang patut saya tunaikan , seperti biasa saya membuka internet untuk membaca berita-berita di internet. siang saya baca surat khabar , malam saya baca internet.Topik yang paling saya mahu baca sangat pada malam ini adalah isu Dewan Undangan negeri kerana saya tidak sempat menonton Berita di TV hari ini , setelah melayari semua laman saya melayari Agenda Daily.saya teringat semalam ada menulis mengenai bloggers setengah masak tuh , tidak pula saya menyangka dia dimarahi oleh suaminya hari ini. Sebab apa saya tidak tahu lah.Minta maaf lah jika ianya membabitkan suami puan , sebab saya tidak pernah mengenali puan dan tidak pernah tahu puan siapa sebelum ini. Saya hanya mengenali puan ketika di PWTC ketika berdiri di sebelah Datuk TS. Cuba ingat kembali ada tak awak bertemu dengan Datuk T S. Itu saja yang mahu saya tanya dahulu. Kepada suami Puan saya meminta maaf, saya ingat tulisan saya habis sampai disitu saja. i don't mean to get him involve , sebab saya rasa ini adalah antara bloggers .
Selanjutnya
Wednesday, May 6, 2009
Bloggers Asam Pedas jangan main api
selanjutnya
Monday, April 27, 2009
ZAKHIR INGAT KEMPEN PEMUDA MASIH BELUM TAMAT LAGI
Oleh Bahadur Hishamuddin
Bila terpandang nama Zakhir di ruangan kpmu.net, menjadi tajuk rencana, kemudian lihat gambarnya berdiri tersengeh sebelah kiri Tun Mahathir, memang pasti saya kenal orang besar ini. Sebelah kanan Mahathir pula tercegat tumpang tui ialah Salahuddin yang juga bukan asing pada saya. Beliau pun tidak kurang bermain kotor dalam blognya.
selanjutnya
Thursday, April 23, 2009
Lagi teruk , Melayu tunduk bawah Cina Singapura
Di Amerika, bila cerita bailout ni, kerajaan Amerika tidak membenarkan Syarikat pelaburan asing seperti yang dari China dan Singapura membeli bank2 Amerika sewenang-wenangnya. Kenapa?
Selanjutnya
Wednesday, April 22, 2009
Masih menunggu sentuhan DS Najib
Seterusnya
Tuesday, April 21, 2009
Jambatan bengkok yang merogol Singapore lambang kedetektoran Tun Mahathir
selanjutnya
BN jadi parti 'nakhoda zaman'
Perdana Menteri berkata, apa yang beliau maksudkan sebagai parti 'nakhoda zaman' ialah BN perlu melakukan perubahan mendahului zaman yang sepatutnya dilakukan oleh semua pemimpin BN.
Sunday, April 19, 2009
Sejarah jika BN tidak bertanding - Inilah perubahan!!!!
Anak Tun
Petikan kenyataan Tun Mahahthir dalam kempen beliau menjatuhkan Khairy Jamaluddin - Beliau akan mengulangi ini sepanjang hayatnya . Apa lagi yang Tun mahukan . Mukhriz telah pun dilantik sebagai timbalan menteri atas desakan Tun.Beliau mengingatkan pemimpin Umno terutama generasi muda supaya tidak mencari jalan mudah untuk memperoleh kedudukan dan kuasa termasuk melalui amalan rasuah yang akhirnya akan membinasakan parti.Inilah kata kata retorik Tun sehingga ada kalangan ahli UMNO yang sudah naik bosan. Sepatutnya Tun berkata , pemimpin muda jangan cari jalan mudah untuk memperolehi kedudukan kuasa dengan mengamalkan penyalahan pengaruh dengan mendesak ayah nya memberikan beliau kuasa dengan cara mengarahkan PM untuk melantik beliau sebagai Timbalan Menteri , tidak kira lah atas alasan arahan mahu pun sengaja mahu beri untuk menyedapkan hati Tun atau apa juga. Rakyat bukan buta dan tidak tahu menilai kebolehan beliau. Sungguh memalukan apabila menerima jawatan Timbalan Menteri atas kabel ayah, Ini lagi dayus dan malukan UMNO.
Jambatan Bengkok
Sekiranya Najib tunduk dengan desakan Tun dengan bersetuju membina kembali jembatan bengkok, komfirmlah Malaysia kini bukan di perintah oleh Najib tetapi di perintah oleh Tun Dr Mahathir. Tun tidak mahu Najib lantik Khairy Jamaluddin dan singkir Azalina , Ini telah pun ditunaikan. Tun mahu anaknya menjadi Timbalan Menteri , Ini juga telah di turuti. Tun mahu Muhyiddin jadi TPM , Ini juga telah dituruti, Tun mahu jambatan bengkok dan ini juga berlaku, bererti Tun lah Perdana Menteri yang ke 4 dan ke 6.
Friday, April 17, 2009
Rosol lawan siapa ni… Ahmad atau istana?
DALAM Berita Harian (Jumaat 17 April 2009), ADUN Ajil dan bekas calon Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Rosol Wahid secara terang-terangan mahu Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said digantikan dengan alasan ‘pelbagai masalah dan kelemahan’ kepemimpinannya.
“Kami sudah hilang keyakinan terhadap beliau. Terlalu banyak masalah yang mencerminkan kelemahan dalam mentadbir negeri…”
Dengan kenyataan Rosol yang tewas dalam percubaannya menumbangkan Tengku Putera Tengku Awang dalam perebutan jawatan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu mendedahkan memang ada usaha sebenarnya mereka (10 ADUN) membuat undi tidak percaya kepada Menteri Besar.
Wednesday, April 15, 2009
APA ISTIMEWA MUKHRIZ ? KALAU TIDAK BERIKAN PADA YANG MENANG JANGAN BAGI PADA YANG KALAH.
Persoalan yang masih bermain dalam fikiran rakyat dan juga ahli UMNO baik penyokong atau bukan penyokong Mukhriz adalah , bagaimana Mukhriz boleh dilantik sebagai Timbalan Menteri . Inilah yang masih tidak terjawab dan pasti ianya akan menjadi satu pertanyaan sampai bila bila di fikiran rakyat. Apa istimewa Mukhriz, apa yang mendorong Najib memilih Mukhriz sebagai timbalan menteri. Ada yang berkata Mukhriz dilantik sebagai timbalan menteri bukan dasar kebolehan atau kelayakan beliau yang boleh menempatkan beliau di kerusi timbalan menteri. Ramai yang berkata Mukhriz dipilih atas dasar Tun Mahathir. Jika bukan kerana Tun Mahathir pasti Mukhriz tidak kemana. Bukan memihak kepada Khairy sebagai seorang penulis yang tidak pro kepada sesiapa saya berani berkata , antara Mukhriz sememang nya Khairy lebih baik dari Mukhriz.
selanjutnya
Tuesday, April 14, 2009
Tuesday, April 14, 2009 1. MACAM MANA RAKYAT MAHU UNDI BN - BARU MENANG JAWATAN NAIB SUDAH PAKAI 6 BODY GUARD KETIKA BERKEMPEN .
selanjutnya
Monday, April 13, 2009
Berita rengkas: Transformasi UMNO
Selain dari itu Perlis juga sedang bergolak ketika ini.di sini
@@@@ JANGAN PUTAR BELIT KEYATAAN SAYA - MUHYIDDIN
Tah apa-apa tah

selanjutnya
Sunday, April 12, 2009
Dari Blog MSO-Semi Autobiografi si Pembakar Jambatan

Dari blog MSO
Siulan Malam
Semi Autobiografi si Pembakar JambatanBagus sungguh Rais Yatim ini.
Selanjutnya
Saturday, April 11, 2009
MAHATHIR PERLU SEORANG MUSUH DALAM SATU MUSIM UNTUK KEKAL SIHAT

Oleh Salim Selamat
Khairy Jamaluddin kata dia tidak kecewa kerana tidak tersenarai dalam saf kabinet baru. Beliau sudah mengetahuinya sebelum ini setelah Najib berbincang dengan beliau supaya menumpukan perhatiannya kepada Pemuda yang diketuainya. Mungkin benar.
Apa yang menjadi persoalan besar ialah mulut Tun Mahathir masih menyebut kegembiraannya yang Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin tidak dilantik apa-apa jawatan dalam kabinet.
Rumah siap , pahat dah mula berbunyi....
Berita 1 -Najib perjelas peranan Khairy
11/04/2009 7:47pm
“Dia faham keadaannya dan tak ada masalah bagi dia,” kata Najib apabila ditanya mengenai pendapat setengah pihak bahawa Ketua Pemuda Umno patut diberi peranan dalam Kabinet.
Pada sidang akhbar dengan media Malaysia di sini malam tadi, Najib berkata adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang.
Konspirasi pemilihan UMNO

Tulisan ini adalah olahan kembali dari Sdr Mohd Alam Ismail - Jasin Melaka .
Tajuk - konspirasi pemilihan UMNO
1 Ali Rustam dijadikan korban kerana janji DS Najib dengan Tun dan juga TS Muhyiddin dan juga Tun Mahathir . Dalam konspirasi ini Najib dijadikan Bad Boys untuk mendesak Tun Abdullah untuk letak jawatan. DS Najib hanya memainkan peranan sebagai orang baik yang cukup sabar menunggu saja Pak Lah bersedia meletakkan jawatan,. Mungkin ini telah disusun ketika Najib bertemu dengan Tun Mahathir. TS Muhyiddin akan mendesak dan jika rancangan ini berjaya , Najib janjikan tempat timbalan presiden UMNO merangkap Timbalan Pedan Menteri. Apabila proses pemiliha berlanjutan , tiba-tiba klimak geng perubahan menjadi sejuk , ke populariti Muhyiddin jatuh dan ke populariti Mukhriz juga jatuh dan ketika itu kebangkitan Ali Rustam , Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo memuncak meneggelamkan DS Muhyiddin dan juga Mukhriz.
Selanjutnya
Friday, April 10, 2009
Gerakan Melaga-laga Datuk Seri Najib Dengan Tun M

Petikan dari http://www.suarawarongkopi.blogspot.com/
Selanjutnya
Kita tidak mahu kehilangan PM

Senarai saf saf yang DS Najib yang dikatakan yang telah insaf sudah pun dihidangkan oleh orang-orang tertentu mengikut cita rasa nya dan DS Najib telah pun merasa hidangan yang dihidangkan dan telah mengangkat ibu jari nya ...ermmmmm sedapnya.
Selanjutnya
Luka Kabinet
Kertas Politik Pertama Bagi Khairy

Bagaimana tidak kecewa, penyusunan Kabinet baru itu sebahagian daripada tektik untuk memalu dan kemudian membunuhnya secara senyap dalam geluk Umno.
selanjutnya
Thursday, April 9, 2009
Ingin tahu untuk menyokong PM

Selanjutnya
Khairy: Saya tidak kecewa

Sebaliknya, tegasnya, beliau telah diberi tugas lain oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketika dihubungi Malaysiakini, ahli parlimen Rembau berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib semalam.
Selanjutnya
Dr M: 'Positif' Khairy tidak tersenarai

Sambil berkata tindakan itu membuktikan perdana menteri sanggup bertindak tegas terhadap rasuah, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyifatkan barisan kabinet baru itu tanda "pembersihan dalam parti" sedang berlaku, lapor Bernama.
"Najib bertindak bijak dengan menggugurkan kebanyakan mereka yang dituduh mengamalkan rasuah walaupun seorang dua entah kenapa turut terselit," katanya hari ini.
"Ianya positif. Tak ada orang yang jelas terlibat rasuah terpilih khususnya ketua Pemuda (Khairy) yang didapati bersalah guna wang dalam pemilihan (Umno).
Selanjutnya
Syabas DS Najib dan barisan kabinet baru

Selanjutnya
DEMI KEBAIKAN MASA DEPAN SEMUA, NAJIB KENA BERSIKAP TERBUKA, IKHLAS DARI AWAL

Oleh Mahfir Sabtu
Nampaknya kegetiran sedang menimpa kita semua lepas satu persatu datang menimpa. Sepanjang dari pertengahan tahun lepas, UMNO bergaruk dengan pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian. Selepas itu sibuk benar kita dengan calon-calon mendapatkan pencalonan.
Selepas dapat pencalonan, mereka mencari undi pula dari perwakilan hinggalah ke tarikh 24 hingga 27 Mac lalu baru selesai. Dalam pada itu Lembaga Disiplin UMNO dan SPRM pun sibuk membentangkan orang salah dihukum, orang salah tidak dihukum dan mengeluarkan amaran. Ini termasuklah yang sudah menang pun kena juga jalani hukuman hingga terbantut segala perancangan di akar umbi.
Selanjutnya
Wednesday, April 8, 2009
NAJIB PERLU ADA IDENTITI SENDIRI MENERAJUI UMNO DAN NEGARA

Oleh Abang Mahmor
Dari mata kasar, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang baru dinobatkan sebagai Perdana Menteri KeEnam begitu rapek dengan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang agak sudah mula menjolok mata rakyat.
Menunjukkan mesra sangat sejak dari tarikh Mahathir hadir di akhir Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini jelas bahawa Mahathir begitu seronok apabila Najib teleh memegang jawatan Presiden UMNO. Berikutnya terus Mahathir sekeluarga menyertai semula UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Najib. Selepas itu, setelah Najib angkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Mahathir pun hadirlah sarapan dengan Najib. Riak kedua-dua public figure ini sudah kelihatan jelas.
Surat terbuka buat ayahanda Tun Mahathir

Assalamualaikum Ayahanda Tun Mahathir Tun Mohammad.
Izinkan saya menyusun jari yang sepuluh kerana menulis surat terbuka kepada Ayahanda yang mana saya terpanggil untuk menulis bagi meluahkan perasaan hati saya yang terbuku selama ini sehingga saya membuat keputusan untuk terus menulis kepada Ayahanda. Ayahanda sememangnya pemimpin amat kami sanjungi dan setahu saya ,BN adalah parti yang disokong oleh keluarga kami sejak dari zaman arwah datuk saya lagi. Kini arwah datuk dan arwah ayah telah pun meninggal dunia, ayahanda adalah pemimpin idola arwah ayah dan juga arwah ayah. Tidak hairanlah kami sekeluarga sanggup bertikam lidah , bertekak dengan saudara mara yang menghina dan mengherdik Ayahanda ketika ayahanda masih menjadi Perdana Menteri dahulu.
Selanjutnya
Tuesday, April 7, 2009
What is Dr M's motive of in rejoining Umno?
Will the Singapore bridge project take off? Mukhriz may now be in the line up to be a full minister to continue the regime of Mahathirism.
If Mahathir still interferes in Malaysian politics, then the tsunami of 2008 will continue up to 2012.
Bila orang pak Lah dicantas

Pencabar terkuat Muhyiddin Yassin, Mohd Ali Rustam berjaya dihalang daripada bertanding. Saingan kepada Mukhriz pula, Khairy sudah dibusukkan namanya!
Keputusan yang dibuat oleh Lembaga Displin UMNO hari ini ibarat mengudungkan kaki dan tangan Mohd Ali dan Khairy. Mereka kini ibarat si cacat yang hanya menunggu masa untuk dilemparkan ke tepi jalan. Bila Najib menjadi orang nombor 1 di negara ini, karier politik mereka sudah pasti akan dikuburkan.
Apa yang berlaku hari ini bukan kebetulan semata. Ianya sudah dirancang dengan rapi untuk memastikan orang Mahathir kembali berkuasa dalam UMNO. Hasil daripada keputusan hari ini, Muhyiddin dan Mukhriz sudah boleh senyum hingga ke telinga. Mereka tidak perlu gunakan wang untuk menang. Nampaknya, mereka sudah menemui kaedah baru.
Tulisan Tun Mahathir diblognya sejak kebelakangan ini jelas cuba mempengaruhi pembacanya agar bencikan tindakan flip dan flop Abdullah Badawi. Kes kenaikan harga tol dijadikan asas untuk mengukuhkan hujah beliau. Selepas itu, Tun menulis tentang peri pentingnya Najib memilih orang yang bersih sahaja untuk membantu Najib.
Dan kini, rakyat sudah tahu. Mereka yang ‘bersih’ pada pandangan Tun adalah mereka yang berada dalam kem Tun/Najib dan mereka yang ‘kotor’ adalah mereka yang berada dalam kem Abdullah Badawi. Persoalannya kini, benarkah Najib, Muhyiddin, Mat Taib, Mukhriz, Rafidah yang berada dalam kem Tun benar-benar bersih daripada segala amalan salahlaku atau politik wang?
Drama politik UMNO yang berlaku hari ini tidak akan tamat di sini sahaja. Kem Abdullah Badawi pasti akan bertindakbalas. Saya tidak terperanjat jika Abdullah Badawi memilih untuk mengadakan pilihanraya umum daripada membiarkan Tun Mahathir terus berkuasa di bumi Malaysia melalui Najib dan sekutunya.
Jika itu kaedah terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik Malaysia yang kian berpanjangan, tiada salahnya jika Abdullah Badawi bertindak menggagalkan peralihan kuasa minggu hadapan dengan membiarkan rakyat jelata menyelesaikan kemelut ini melalui peti undi.
Mungkinkah Abdullah Badawi punya idea lain? Sama-sama kita tunggu episod seterusnya.
Malaysiakini~Bukan sahaja Ahli UMNO - rakyat juga tidak dapat merasakan peralihan
Jika sekadar menerima Tun kembali ke dalam UMNO , ini bukan nya perubahan ini sesuatu yang ganjil yang biasa dilakukan oleh UMNO. ini sifat lama UMNO. Mengapa terlalu mudah menerima Tun kembali dalam UMNO sedangkan Tun sendiri yang memalukan UMNO dengan keluar dari UMNO dan Tun juga yang memburukkan UMNO selama ini. kenapa tidak diperbincangkan dahulu dalam MT dan menantikan keputusan di buat oleh MT. Apa yang Tun lakukan adalah satu kesalahan yang besar. mana lembaga disiplin , masih tertidur dan mungkin Lembaga Disiplin sudah bersedia mahu merapu lagi.
Kenapa BN kalah...
1. Selain Pembangkang yang memburukkan UMNO dan BN , UMNO juga cemburukan parti ini dengan mendedahkan dan mewar-warkan bahawa pemimpin UMNO rasuah , kononnya mahu membasmi rasuah tetapi rasuah tetap berlulasa dalam UMNO. UMNO yang memburukkan pemimpin mereka , Bekas ahli UMNO yang baru masuk UMNO terang-terang memburukan UMNO mencanag bahawa pemimpin UMNO rasuah. Semuanya dalam UMNO tidak baik. yang baik dia dan keluarga saja. Kemudian pada waktu sebegini mahu merayu rakyat menyokong UMNO sedangkan pisau yang menikam UMNO dari belakang masih dipegang dan masih ada darah yang berlumuran lagi.
2. Peralihan kuasa ini jelas dan nyata , terang- terangan adalah satu rampasan kuasa secara paksa. Orang yang buta politik juga boleh melihat. Muhyiddin dimenangkan setelah Ali Rustam dianiayai. Bernikah Muhyiddin bersumpah bahawa dia tidak memberikan barang satu sen dalam pemilihan ini. Beranikah Mukhriz bersumpah tidak memberikan wang barang satu sen dalam pemilihan yang lalu. Ahli UMNO dan rakyat bukan bodoh. Sebenarnya semua yang bertanding ada meberikan wang , itu belum lagi duit mandi. Semua pemimpin UMNO tahu ada satu jawatan kuasa yang dinamakan sebagai satu jawatan kuasa mandi yang meminta pemimpin UMNO untuk memberikan wang setinggi RM40 ribu, jika tidak mereka akan dimandikan.Mereka ini terdiri dari ketua bahagian dan beberapa pemimpin yang tidak perlu kita dedahkan.
3. Ramai yang marah apabila Najib mengagungkan Tun Mahathir seolah-olah Najib langsung tidak memikirkan hati bos nya dahulu yang telah banyak berkorban dan menaikkan beliau sehingga ke tahap yang tertinggi ini. Muhyiddin sengaja memberi signal kepada Tun untuk datang ke PWTC, Tun sendiri akui bahawa Muhyiddin memberitahu bahawa peralihan sudah benar-benar berlaku , ini benar-benar mengaibkan Pak Lah walaupun keadaan terkawal. Bukan semua yang bangun bertepuk setuju dengan apa yang berlaku tetapi kerana menghormati pemimpin dan mantan PM , mereka bangun memberikan penghormatan. Nyata peralihan ini lansung tidak memberikan impak yang sebenar kerana perangai lama masih ada dalam kepimpinan tertinggi UMNO. Hari pertama peralihan sudah membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO tidak berubah , masih ada agenda - agenda dalam setiap perilaku.
4. Rakyat sebenarnya mahu menghukum BN atas kesilapan lampau dan langsung tidak berminat dengan peralihan ini kerana tidak nampak peralihan ini akan merubah kan UMNO. Muhyiddin langsung tidak impressif dan presentable untuk menjadi pengarah pilihan raya. Muhyiddin yang jarang dapat kita lihat dlam mana-mana pilihan raya kecil sebelum ini tiba-tiba menjadi agresif yang membuat Rakyat sukar menerima nya.
5. BN tidak berkempen sebagai sebuah parti tetapi berkempen sebagai sebuah kerajaan , BN tidak seperti pembangkang yang turun ke padang seebagi sebuah parti walaupun mereka adalah kerajaan di beberapa negeri. Rakyat sudah tidak berminat dengan janji -janji projek nasional mahupun projek mee segera. Kempen di media eletronik dan media sering overkill BN .BN perlu mengambil pendekatan dengan mengedar surat dan risalah dan turun berceramah dan menyelesaikan masalah tempatan .
6. Terlalu memberikan limelight kepada Tun secara berlebihan telah membuat rakyat merasakan Najib terlalu bergantung kepada Tun dan melihat sebagai Najib takut menghadapi keadaan yang sama dengan Pak Lah. Tun sudah tidak relevan lagi dalam politik tanah air, jika beliau masih relevan tentu sekali BN akan menang besar, Tun bukan saja tidak relevan dalam politik tanah air tetapi Tun jua tidak relevan lagi dalam politik UMNO. Tun sepatutnya sudah berehat dan bersara, jika beliau tidak mahu berehat atau bersara lebih baik beliau jangan meletakkan jawatan dahulu. Lebih baik beliau terus menjadi PM jika beliau masih berminat dengan politik dan kepimpinan kerajaan. jika Najib terus bersandar kepada Tun , Najib juga akan menjadi tidak relevan lagi dalam masa yang terdekat ini. Sebaiknya Najib segera mencari identiti beliau sendiri.
7. Sikap merendahkan diri Najib juga tidak patut berlaku , Najib tidak perlu merayu kepada rakyat memohon restu , merayu agar diberikan peluang kepada beliau untuk memerintah yang menampakkan bahawa beliau seorang yang lemah.
Apa -apa pun semua ini telah pun berlalu dan ahli BN sudah boleh melupakan Buki Selembau mahupun Bukit Gantang. Muhyiddin bolehlah melakukan Post mortem kerana selepas ini selang bebrapa bulan lagi akan ada lagi pilihan raya kecil , yang paling dekat ialah DUN Bukit Lanjan, Anwar sentiasa mahukan pilihan raya untuk dihidangkan kepada rakyat bahawa beliau adalah jaguh yang boleh memenangkan pilihan raya kecil dan BN akan kalah dan terus kalah. Muhyiddin perlu lah memikirkan dan bersedia unuk menghadapi pilihan raya kecil yang akan terus diadakan . Muhyiddin perlulah membuktikan bahawa beliau mampu melakukan satu perubahan dan jika beliau gagal beliau perlu mengambil tanggung jawab ini dan jangan lagi menyalah kepimpinan tertinggi seperti yang pernah beliau lakukan sebelum ini.
Esok kita akan lihat apabila kabinet baru dirombak. Apakah Mukhriz akan dilantik sebagai menteri , adakah KJ disisihkan atau semua orang Pak Lah akan disingkirkan.
: BARISAN NASIONAL HARUS BERKEMPEN SEBAGAI SEBUAH PARTI, BUKAN KERAJAAN

1. Selepas dua pilihan raya kecil sejak Mac 2008, Barisan Nasional (BN) nampaknya masih belum belajar bagaimana hendak mencatur strategi pilihan raya kecil.
2. BN masih lemah dalam usaha mendekati pengundi, lemah menangkis serangan pembangkang, jentera penerangan yang kemarau idea bagi mengutarakan isu.
3. Kelemahan itu makin ketara lagi dengan para petugas yang datang dari negeri-negeri lain yang hadir bukan untuk membantu tetapi lebih sekadar berseronok dan bercuti, sambil mendapat sedikit duit kopi.
4. Masalah anggota BN adalah mereka berkempen sebagai sebuah kerajaan bukannya sebagai sebuah organisasi politik, sedangkan dalam pilihan raya yang bertanding adalah parti.
5. Oleh kerana bertanding sebagai sebuah kerajaan, maka berjanjilah BN untuk melakukan pelbagai bantuan dan projek.
6. Maka, sekarang kedengaran pelbagai bantuan diberikan di Bukit Selambau dan Bukti Gantang, dan pihak kerajaan pun mengumumkan pelbagai lagi projek.
7. Kekadang projek yang diumumkan itu adalah untuk seluruh negara dan bukan untuk penduduk yang sedang menghadapi pilihan raya itu.
8. Bagi pengundi di kawasan pilihan raya kecil itu, apa yang penting bagi mereka adalah masalah setempat segera diselesaikan. Usahlah bercakap tentang projek nasional mahupun internasional sedangkan masalah penduduk setempat pun tidak diambil peduli.
9. Hentikanlah menjaja projek dan bantuan segera. Fahamilah hati naluri rakyat setempat dan bertandinglah secara "gentleman" sebagai PARTI dengan PARTI dan bukannya antara KERAJAAN dengan PARTI POLITIK mana pun.
10. Usahlah sama sekali libatkan jentera-jentera Kerajaan ketika berkempen di mana-mana pilihan raya.
Monday, April 6, 2009
'Have we now forgiven Mahathir?'

It really beggars belief that the BN and especially Umno still consider Mahathir a potent force in rallying the troops and galvanising support for the BN candidate in the by-elections today.Does Najib consider his politics still relevant and are we to expect more of the same from him?Have we such short memories that we have now forgiven him for his past indiscretions and pine for the time when he was in power?Has Pak Lah failed us so horribly that we need to step back into the Dark Ages and allow ourselves to be stripped and shackled and yet be happy for tender mercies from the Great One?
Mahathir should stick to his blogging where his vapid fans hang on to his every word, and not regurgitate obsolete politics where freedoms do not run as free and wings are clipped before flight.In today's by-elections, one prays that the voters insist that he remains retired from politics.
Dr Mahathir is back! I just don't understand the attitude of this old man.I had all the respect for him when I was in school and university but not now.He is a person with a cakap tak serupa bikin attitude. He is not practising what he is preaching. He once said that we must stop eating at the moment when we enjoy the meal the most. He did that.I agree but why does he want to ‘eat' again? His era is long overdue and over. He is not relevant to Malaysian politics anymore.
Just look at our late Hussein Onn. He was a gentleman. He retired and became an ordinary citizen. That should be the way.Dr M is just a busybody. Please Dr M, retire gracefully and do charity. We, the rakyat, do not need you anymore.We are really sick of your kia su attitude and we can't tolerate you anymore.
What is Dr M's motive of in rejoining Umno? Can I say that he rejoined Umno to collect back whatever he couldn't collect during his tenure as PM?Will the Singapore bridge project take off? Mukhriz may now be in the line up to be a full minister to continue the regime of Mahathirism.
If Mahathir still interferes in Malaysian politics, then the tsunami of 2008 will continue up to 2012. ~ olahan dari sumber Malaysiakini
Ulasan : Tun sepatutnya bersara dan DS Najib septutnya tidak membiarkan Tun membayangi beliau dan dalam jangka masa 4 hari pemerintahan DS Najib , Tun seolah-olah mebayangi DS Najib dan barang diingat , kekalahan Mukhriz di tangan Khairy Jamaluddin adalah kerana mulut dan tingkah laku Tun. Menang atau kalah , pilihan raya kecil ini akan mengelabukan pencarian identiti DS Najib. Najib perlu keluar dari bayangan Tun segera , lainlah Tan Sri Muhyiddin yang sememangnya kita semua ketahui berlindung di bawah payung Tun.
Apakah Projek Jambatan Bangkok akan disambung semula?

1. Apakah projek Jambatan Bangkok akan disambung semula untuk terus menutup mulut Tun dari mengkritik YAB Perdana Menteri ?
2. Apakah BN akan memenangi ketiga -tiga pilihan raya kecil hari ini ?
3. Jutawan seperti Syed Mokhtar , Viencent Tan , Tengku Adnan , Mukhzani , Ananda Krishnan akan kembali menguasai kekayaan Malaysia ?
4. Apakah Mukhriz akan diberikan jawatan dan layanan yang istimewa dalam kerajaan ini ?
5. Apakah Tun akan terus mencampuri urusan kerajaan ?
6. Apakah semua penyokong Pak Lah akan tersingkir dalam kabinet baru ?
Ini semua akan kita tunggu dan lihat bagi kita membuat kesimpulan kelak . Ini hanya satu persoalan yang bermain di hati rakyat dan rakyat masih belum menampak 'design' sebenar , cara pemerintahan YAB Datuk Seri Najib. Kita tunggu dan lihat. Jika anda mempunyai persoalan yang mahu dikongsi bersama , sila email ke walkdtalk09@gmail.com
Sunday, April 5, 2009
10 menteri akan digugurkan

Presiden MIC S Samy Vellu mungkin akan kembali ke dalam barisan kabinet peresiden Gerakan Senator Koh Tsu koon juga dikatakan akan kembali menjawat jawatan menteri.
Tengku Adnan Tengku Mansor akan dilantik sebagai meteri Wilayah Persekutuan dan Jamaluddin jarjis akan mengambil alih tempat Azalina di kementerian pelancongan.
Hishamuddin mungkin akan terus menjawat jawatan menteri pelajaran dan Rafidah akan dilantik dikementerian lamanya MITI.

Pemimpin MCA
Ong Ka Chuan dan Dr Chua Soi Lekmungkin tidak akan menyertai barisan kabinet. Tiga pemimpin parti MCA akan menegkalkan jawatan masing-masing ia itu President parti Ong Tee Keat (kiri) Liow Tiong Lai dan Ng Yen Yen - memegang kementerian yang sama.
Walk the talk

1. Kemasukan Tun Mahathir dalam UMNO bukan disambut baik oleh semua ahli UMNO , ada yang meluat dengan sikap Tun yang keluar Parti hanya kerana berdendam dengan Perdana Menteri , Tun Mahathir kini menyertai kembali UMNO setelah UMNO hampir lunyai di kerjakan oleh beliau. Kebencian beliau kepada pengikut Tun Abdullah dan juga Menantu Pak Lah amat ketara dan ramai yang berkata Tun akan mencampuri urusan kerja YAB Najib Tun Abdul Razak untuk menentukan kabinet Perdana Menteri yang ke enam itu, Tun sudah selamat kerana macai kuat beliau(Tan Sri Muhyiddin Yasin) yang telah menang kerusi Timbalan Presiden UMNO ,Tan Sri Muhyiddin Yasin pasti akan menurut saja apa yang beliau arahkan.
2.YAB Datuk Seri Najib perlu mencari identiti beliau sendiri dan tidak perlu takut kepada Tun Mahathir dan tidak perlu menjadi boneka Tun Mahathir kerana jika beliau gagal mencari identiti beliau , beliau akan disingkir oleh rakyat pada pilihan raya yang ke 13 nanti. YAB Datuk Seri Najib tidak perlu takut untuk membuat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi oleh Tun Mahathir , beliau tidak perlu takut mengalami nasib yang sama dengan Tun Abdullah jika enggan mengikut telunjuk Tun kerana jika sekali lagi Tun mengulangi perkara yang sama pasti Tun juga akan dibenci oleh ahli UMNO .
3. YAB Datuk Seri Njib juga perlu berhati-hati dengan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang telah berikrar untuk setia kepada beliau kerana telah terbukti Tan Seri Muhyiddin Yassin juga pernah menikam Perdana Menteri apabila beliau hanyalah Naib Presiden UMNO. Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yasin amat kukuh sekarang kerana di belakang beliau ada Tun Mahahthir dan anaknya Mukhriz. janji Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak boleh dipercayai sangat kerana beliau mahir dan berani menikam dari belakang.
4. YAB Datuk Seri Najib perlu menghormati keputusan perwakilan yang telah membuat pemilihan dalam pemilihan UMNO dahulu dan jangan condong kepada keinginan Tun Mahathir yang nyata mebenci semua orang - orang Pak Lah termasuklah menantu Pak Lah yang telah dipilih oleh Perwakilan Pemuda UMNO untuk menerajui Ketua Pemuda UMNO. UMNO Perlu berubah seperti yang dijanjikan dan YAB Datuk Seri Najib perlu memastikan bahawa UMNO benar-benar berubah dan hentikan amalan cantas mencantas.
5.Pastikan Saf baru YAB Datuk Seri Najib tidak dipilih mengikut kecenderungan kem -kem tertentu dan pastikan bahawa saf - saf yang dipilih benar- benar boleh menjalankan tugasan yang diamanahkan. rakyat menuntut perubahan dan bukan agenda -agenda tertentu dalam kabinet YAB Datuk Seri Najib.
6. Pastikan Lembaga Disiplin tidak lagi merosakkan dan mencetuskan rakyat hilang kepercayaan kepada UMNO.Pastikan Lembaga Disiplin menjalankan tugasan beliau tanpa di pengaruhi oleh mana -mana individu dan bersikap adil . Siasatan hendaklah dilakukan secara total dan bukan hanya berdasarkan laporan sahaja. YAB Datuk Seri Najib juga perlu membubarkan Lembaga Disiplin dan memberikan tanggungjawab kepada mereka yang benar-benar boleh menjalankan tugas dengan telus dan tidak lagi mencetuskan kemarahan ahli-ahli UMNO.
7. Rakyat dan ahli UMNO sedang menunggu satu perubahan yang benar-benar memberikan kebaikan kepada UMNO dan menyenangkan hati rakyat dalam masa yang terdekat. Rakyat juga sedang menunggu sesuatu yang berbeza dan lebih baik dari apa yang mereka terima ketika pemerentahan Pak Lah dahulu. Suka atau tidak Datuk Seri perlu melakukan nya kerana inilah janji peralihan kuasa dahulu bahawa satu perubahan yang drastik akan dilakukan di dalam UMNO.
8. Rakyat juga telah bosan dengan kemelut dalaman UMNO ketika di zaman pemerentahan Pak Lah kerana ada wujudnya kumpulan pendesak yang dipimpin Mantan Perdana Menteri dan menyalahkan Tun Abdullah dalam kekalahan besar BN pada PRU12 dahulu, Rakyat mengharapkan UMNO di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Najib tidak akan ada lagi desak mendesak dan salah menyalah antara satu sama lain. Tidak lagi ada tikam menikam dan memburukkan UMNO untuk mejatuhkan kepimpinan yang sedia ada.
9.Rakyat mahu melihat perubahan yang akan dilaksanakan oleh barisan MT UMNO yang baru ini kerana tujuan mereka mengadakan perlaihan kerana mahu membuat satu perubahan. Rakyat tidak lagi mahu mendengar alasan yang retorik yang mengatakan bahawa satu lagi peubahan yang perlu diadakan.
10. Rakyat juga mahu melihat pemimpin UMNO mesra rakyat dan menjadi wakil rakayat dan bukan tuan rakyat serta mahu melihat kabinet baru dapat membawa rakyat keluar dari krisis dan kemelut ekonomi yang melanda negara ketika ini.