Walk D Talk

Kabinet Rakyat...Najib mahu pandangan anda

Klik untuk hantarkan pandangan anda www.1malaysia.com.my
(Najib hanya mahu pandangan dari rakyat yang celik IT sahaja dan punya ekses internet )

Artikel Panas
* Surat terbuka buat Ayahanda Tun
* Ingin tahu untuk menyokong PM
* Konspirasi pemilihan UMNO

*MAHATHIR PERLU SEORANG MUSUH DALAM SATU MUSIM UNTUK KEKAL SIHAT


Muhyiddin Yassin - 2 Tahun UMNO dan BN Kuat

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menetapkan tempoh dua tahun dari sekarang untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) melaksanakan segala transformasi yang sesuai dalam usaha menguatkan kedudukan parti itu.

Apakah Muhyiddin bercakap melalui perancangan dan plan yang telah ada pada beliau atau bercakap hanya dengan bayangan dan hasrat sahaja. 12 April 2009 - Kami akan membiarkan keyataan ini sebagai ingatan dan kayu pengukur dari bulan ke bulan.

(soalan: apakah kayu ukuran dan formula Muhyiddin menetapkan dua tahun ini? adakah master paln atau ikut jangkaan hati )

Kemana peniaga kecil Melayu mahu bergantung lagi ?

Kemana kah peniaga Melayu mahu bergantung apabila Kementerian Pembangunan Usahawan dihapuskan ?

KPU cukup sinonim dengan umat melayu, tolak tepi platform politik disitu ada ahli umno,ahli pas dan pkr berbangsa melayu yang nyawa perniagaannya bergantung kepada keistimewaan ini, termaktub dalam perlembagaan persekutuan artikel 153 hak-hak keistimewaan orang melayu.

KPU bukan tongkat untuk seluruh usahawan melayu, sebaliknya menjadi satu 'nyawa perniagaan' berupa loan-loan pinjaman perniagaan bagi seluruh peniaga melayu. tanya sahaja makcik dan pakcik yang menjual karipap dan kuih muih, mamat rocker yang menjual bundle, awek comel lote yang menjual kek, brader mekanik kereta, bekas racer yang buka bengkel motosikal.

Mana mungkin melayu-melayu diatas lulus permohonan pinjamannya di public bank ! kerat jari kalau bank cina atau bank-bank lain nak menolong mereka.

Kemana arah tuju peniaga-peniaga melayu ini ? pasti ke KPU kerana didalamnya ada TEKUN dan MARA , dua buah institusi yang cukup banyak menghidupkan nyawa peniaga-peniaga melayu. apa yang aku cakap ini mudah, bahasa kampung dan tidak perlulah aku menjangkau lebih jauh akan JASA MARA menolong para-para kontraktor kelas F dll untuk membiayai pinjaman mereka. Sumber GAP

Walk D Talk

  • ‘..a government that places a priority on performance and result, because the people must come first.’
  • ‘..conduct a comprehensive review of the Internal Security Act’
  • ‘..rise to the challenge of building a One Malaysia. People First. Performance Now.’
  • ‘..sow the seeds of goodwill and understanding in every corner of this land, so that we continue to harvest the fruits of progress and prosperity for all Malaysians’.

Followers


widgets
www.e-referrer.com

Blog Archive

  • ▼  2009 (38)
    • ►  May (6)
      • ►  May 21 (1)
      • ►  May 20 (1)
      • ►  May 16 (1)
      • ►  May 10 (1)
      • ►  May 07 (1)
      • ►  May 06 (1)
    • ▼  April (32)
      • ►  Apr 27 (1)
      • ►  Apr 23 (1)
      • ►  Apr 22 (1)
      • ►  Apr 21 (2)
      • ►  Apr 19 (1)
      • ►  Apr 17 (1)
      • ►  Apr 15 (1)
      • ►  Apr 14 (1)
      • ►  Apr 13 (2)
      • ►  Apr 12 (1)
      • ►  Apr 11 (3)
      • ►  Apr 10 (2)
      • ►  Apr 09 (5)
      • ►  Apr 08 (2)
      • ▼  Apr 07 (4)
        • What is Dr M's motive of in rejoining Umno?
        • Bila orang pak Lah dicantas
        • Malaysiakini~Bukan sahaja Ahli UMNO - rakyat juga ...
        • : BARISAN NASIONAL HARUS BERKEMPEN SEBAGAI SEBUAH ...
      • ►  Apr 06 (2)
      • ►  Apr 05 (2)


About Me

My photo
Walk D Talk 09
Selamat melayari blog ini , Walk D Talk yang akan memastikan bahawa matlamat peralihan kuasa kerana UMNO mahukan perubahan dilaksanakan dengan perubahan yang sebenar dan bukan kerana hanya mahukan perubahan kuasa. MENYAHUT CABARAN DS NAJIB, BERANI MENEGUR DAN BERANI BERUBAH.
View my complete profile

Tuesday, April 7, 2009

What is Dr M's motive of in rejoining Umno?

What is Dr M's motive of in rejoining Umno? Can I say that he rejoined Umno to collect back whatever he couldn't collect during his tenure as PM?

Will the Singapore bridge project take off? Mukhriz may now be in the line up to be a full minister to continue the regime of Mahathirism.

If Mahathir still interferes in Malaysian politics, then the tsunami of 2008 will continue up to 2012.
Posted by Walk D Talk 09 at 3:19 PM

Bila orang pak Lah dicantas

Dipetik dari: http://nuraflah.blogspot.com

Pencabar terkuat Muhyiddin Yassin, Mohd Ali Rustam berjaya dihalang daripada bertanding. Saingan kepada Mukhriz pula, Khairy sudah dibusukkan namanya!

Keputusan yang dibuat oleh Lembaga Displin UMNO hari ini ibarat mengudungkan kaki dan tangan Mohd Ali dan Khairy. Mereka kini ibarat si cacat yang hanya menunggu masa untuk dilemparkan ke tepi jalan. Bila Najib menjadi orang nombor 1 di negara ini, karier politik mereka sudah pasti akan dikuburkan.

Apa yang berlaku hari ini bukan kebetulan semata. Ianya sudah dirancang dengan rapi untuk memastikan orang Mahathir kembali berkuasa dalam UMNO. Hasil daripada keputusan hari ini, Muhyiddin dan Mukhriz sudah boleh senyum hingga ke telinga. Mereka tidak perlu gunakan wang untuk menang. Nampaknya, mereka sudah menemui kaedah baru.

Tulisan Tun Mahathir diblognya sejak kebelakangan ini jelas cuba mempengaruhi pembacanya agar bencikan tindakan flip dan flop Abdullah Badawi. Kes kenaikan harga tol dijadikan asas untuk mengukuhkan hujah beliau. Selepas itu, Tun menulis tentang peri pentingnya Najib memilih orang yang bersih sahaja untuk membantu Najib.

Dan kini, rakyat sudah tahu. Mereka yang ‘bersih’ pada pandangan Tun adalah mereka yang berada dalam kem Tun/Najib dan mereka yang ‘kotor’ adalah mereka yang berada dalam kem Abdullah Badawi. Persoalannya kini, benarkah Najib, Muhyiddin, Mat Taib, Mukhriz, Rafidah yang berada dalam kem Tun benar-benar bersih daripada segala amalan salahlaku atau politik wang?

Drama politik UMNO yang berlaku hari ini tidak akan tamat di sini sahaja. Kem Abdullah Badawi pasti akan bertindakbalas. Saya tidak terperanjat jika Abdullah Badawi memilih untuk mengadakan pilihanraya umum daripada membiarkan Tun Mahathir terus berkuasa di bumi Malaysia melalui Najib dan sekutunya.

Jika itu kaedah terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik Malaysia yang kian berpanjangan, tiada salahnya jika Abdullah Badawi bertindak menggagalkan peralihan kuasa minggu hadapan dengan membiarkan rakyat jelata menyelesaikan kemelut ini melalui peti undi.

Mungkinkah Abdullah Badawi punya idea lain? Sama-sama kita tunggu episod seterusnya.
Posted by Walk D Talk 09 at 2:00 PM

Malaysiakini~Bukan sahaja Ahli UMNO - rakyat juga tidak dapat merasakan peralihan

Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu membuat post mortem atas kekalahan BN di dua kawasan pilihan raya kecil Bukit Selembau dan Bukit Gantang , Kenapa kita kalah? mungkin agak keterlaluan jika kita mahu menyalahkan Najib dan juga Muhyiddin kerana BN kalah di Bukit Selembau. habis siapa yang mahu kita salahkan . kalau rakyat tidak boleh menerima Pak Lah , Pak Lah sudah pun berkorban meletakkan jawatan sebelum pilihan raya kecil tiga kawasan ini. Sekarang Pak Lah sudah tiada dalam kerajaan siapa pula yang kita mahu persalahkan ke atas kekalahan ini. Peralihan yang berlaku tidak mendatangkan sebarang kesan kepada UMNO dan BN , kenapa ? Seminggu perubahan telah berlalu tetapi tidak menafaatkan sesiapa pun , bukan saja pembangkang yang tidak merasakan perubahan ini malahan ahli UMNO juga tidak merasakan perubahan ini. Kalau setakat membebaskan tahanan SA ini belum boleh menjamin sebagai satu perubahan , kalau setakat tidak mahu lawatan disambut dengan karpet merah , ini bukan perubahan dan kalau setakat melawat tempat awam , ini bukan juga perubahan kerana perkara sebegini dilakukan oleh mana-mana pemimpin baru.

Jika sekadar menerima Tun kembali ke dalam UMNO , ini bukan nya perubahan ini sesuatu yang ganjil yang biasa dilakukan oleh UMNO. ini sifat lama UMNO. Mengapa terlalu mudah menerima Tun kembali dalam UMNO sedangkan Tun sendiri yang memalukan UMNO dengan keluar dari UMNO dan Tun juga yang memburukkan UMNO selama ini. kenapa tidak diperbincangkan dahulu dalam MT dan menantikan keputusan di buat oleh MT. Apa yang Tun lakukan adalah satu kesalahan yang besar. mana lembaga disiplin , masih tertidur dan mungkin Lembaga Disiplin sudah bersedia mahu merapu lagi.

Kenapa BN kalah...

1. Selain Pembangkang yang memburukkan UMNO dan BN , UMNO juga cemburukan parti ini dengan mendedahkan dan mewar-warkan bahawa pemimpin UMNO rasuah , kononnya mahu membasmi rasuah tetapi rasuah tetap berlulasa dalam UMNO. UMNO yang memburukkan pemimpin mereka , Bekas ahli UMNO yang baru masuk UMNO terang-terang memburukan UMNO mencanag bahawa pemimpin UMNO rasuah. Semuanya dalam UMNO tidak baik. yang baik dia dan keluarga saja. Kemudian pada waktu sebegini mahu merayu rakyat menyokong UMNO sedangkan pisau yang menikam UMNO dari belakang masih dipegang dan masih ada darah yang berlumuran lagi.

2. Peralihan kuasa ini jelas dan nyata , terang- terangan adalah satu rampasan kuasa secara paksa. Orang yang buta politik juga boleh melihat. Muhyiddin dimenangkan setelah Ali Rustam dianiayai. Bernikah Muhyiddin bersumpah bahawa dia tidak memberikan barang satu sen dalam pemilihan ini. Beranikah Mukhriz bersumpah tidak memberikan wang barang satu sen dalam pemilihan yang lalu. Ahli UMNO dan rakyat bukan bodoh. Sebenarnya semua yang bertanding ada meberikan wang , itu belum lagi duit mandi. Semua pemimpin UMNO tahu ada satu jawatan kuasa yang dinamakan sebagai satu jawatan kuasa mandi yang meminta pemimpin UMNO untuk memberikan wang setinggi RM40 ribu, jika tidak mereka akan dimandikan.Mereka ini terdiri dari ketua bahagian dan beberapa pemimpin yang tidak perlu kita dedahkan.

3. Ramai yang marah apabila Najib mengagungkan Tun Mahathir seolah-olah Najib langsung tidak memikirkan hati bos nya dahulu yang telah banyak berkorban dan menaikkan beliau sehingga ke tahap yang tertinggi ini. Muhyiddin sengaja memberi signal kepada Tun untuk datang ke PWTC, Tun sendiri akui bahawa Muhyiddin memberitahu bahawa peralihan sudah benar-benar berlaku , ini benar-benar mengaibkan Pak Lah walaupun keadaan terkawal. Bukan semua yang bangun bertepuk setuju dengan apa yang berlaku tetapi kerana menghormati pemimpin dan mantan PM , mereka bangun memberikan penghormatan. Nyata peralihan ini lansung tidak memberikan impak yang sebenar kerana perangai lama masih ada dalam kepimpinan tertinggi UMNO. Hari pertama peralihan sudah membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO tidak berubah , masih ada agenda - agenda dalam setiap perilaku.

4. Rakyat sebenarnya mahu menghukum BN atas kesilapan lampau dan langsung tidak berminat dengan peralihan ini kerana tidak nampak peralihan ini akan merubah kan UMNO. Muhyiddin langsung tidak impressif dan presentable untuk menjadi pengarah pilihan raya. Muhyiddin yang jarang dapat kita lihat dlam mana-mana pilihan raya kecil sebelum ini tiba-tiba menjadi agresif yang membuat Rakyat sukar menerima nya.

5. BN tidak berkempen sebagai sebuah parti tetapi berkempen sebagai sebuah kerajaan , BN tidak seperti pembangkang yang turun ke padang seebagi sebuah parti walaupun mereka adalah kerajaan di beberapa negeri. Rakyat sudah tidak berminat dengan janji -janji projek nasional mahupun projek mee segera. Kempen di media eletronik dan media sering overkill BN .BN perlu mengambil pendekatan dengan mengedar surat dan risalah dan turun berceramah dan menyelesaikan masalah tempatan .

6. Terlalu memberikan limelight kepada Tun secara berlebihan telah membuat rakyat merasakan Najib terlalu bergantung kepada Tun dan melihat sebagai Najib takut menghadapi keadaan yang sama dengan Pak Lah. Tun sudah tidak relevan lagi dalam politik tanah air, jika beliau masih relevan tentu sekali BN akan menang besar, Tun bukan saja tidak relevan dalam politik tanah air tetapi Tun jua tidak relevan lagi dalam politik UMNO. Tun sepatutnya sudah berehat dan bersara, jika beliau tidak mahu berehat atau bersara lebih baik beliau jangan meletakkan jawatan dahulu. Lebih baik beliau terus menjadi PM jika beliau masih berminat dengan politik dan kepimpinan kerajaan. jika Najib terus bersandar kepada Tun , Najib juga akan menjadi tidak relevan lagi dalam masa yang terdekat ini. Sebaiknya Najib segera mencari identiti beliau sendiri.

7. Sikap merendahkan diri Najib juga tidak patut berlaku , Najib tidak perlu merayu kepada rakyat memohon restu , merayu agar diberikan peluang kepada beliau untuk memerintah yang menampakkan bahawa beliau seorang yang lemah.

Apa -apa pun semua ini telah pun berlalu dan ahli BN sudah boleh melupakan Buki Selembau mahupun Bukit Gantang. Muhyiddin bolehlah melakukan Post mortem kerana selepas ini selang bebrapa bulan lagi akan ada lagi pilihan raya kecil , yang paling dekat ialah DUN Bukit Lanjan, Anwar sentiasa mahukan pilihan raya untuk dihidangkan kepada rakyat bahawa beliau adalah jaguh yang boleh memenangkan pilihan raya kecil dan BN akan kalah dan terus kalah. Muhyiddin perlu lah memikirkan dan bersedia unuk menghadapi pilihan raya kecil yang akan terus diadakan . Muhyiddin perlulah membuktikan bahawa beliau mampu melakukan satu perubahan dan jika beliau gagal beliau perlu mengambil tanggung jawab ini dan jangan lagi menyalah kepimpinan tertinggi seperti yang pernah beliau lakukan sebelum ini.

Esok kita akan lihat apabila kabinet baru dirombak. Apakah Mukhriz akan dilantik sebagai menteri , adakah KJ disisihkan atau semua orang Pak Lah akan disingkirkan.
Posted by Walk D Talk 09 at 11:49 AM

: BARISAN NASIONAL HARUS BERKEMPEN SEBAGAI SEBUAH PARTI, BUKAN KERAJAAN


1. Selepas dua pilihan raya kecil sejak Mac 2008, Barisan Nasional (BN) nampaknya masih belum belajar bagaimana hendak mencatur strategi pilihan raya kecil.

2. BN masih lemah dalam usaha mendekati pengundi, lemah menangkis serangan pembangkang, jentera penerangan yang kemarau idea bagi mengutarakan isu.

3. Kelemahan itu makin ketara lagi dengan para petugas yang datang dari negeri-negeri lain yang hadir bukan untuk membantu tetapi lebih sekadar berseronok dan bercuti, sambil mendapat sedikit duit kopi.

4. Masalah anggota BN adalah mereka berkempen sebagai sebuah kerajaan bukannya sebagai sebuah organisasi politik, sedangkan dalam pilihan raya yang bertanding adalah parti.

5. Oleh kerana bertanding sebagai sebuah kerajaan, maka berjanjilah BN untuk melakukan pelbagai bantuan dan projek.

6. Maka, sekarang kedengaran pelbagai bantuan diberikan di Bukit Selambau dan Bukti Gantang, dan pihak kerajaan pun mengumumkan pelbagai lagi projek.

7. Kekadang projek yang diumumkan itu adalah untuk seluruh negara dan bukan untuk penduduk yang sedang menghadapi pilihan raya itu.

8. Bagi pengundi di kawasan pilihan raya kecil itu, apa yang penting bagi mereka adalah masalah setempat segera diselesaikan. Usahlah bercakap tentang projek nasional mahupun internasional sedangkan masalah penduduk setempat pun tidak diambil peduli.

9. Hentikanlah menjaja projek dan bantuan segera. Fahamilah hati naluri rakyat setempat dan bertandinglah secara "gentleman" sebagai PARTI dengan PARTI dan bukannya antara KERAJAAN dengan PARTI POLITIK mana pun.

10. Usahlah sama sekali libatkan jentera-jentera Kerajaan ketika berkempen di mana-mana pilihan raya.

Posted by Walk D Talk 09 at 2:23 AM
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Arkib

April 14 MACAM MANA RAKYAT MAHU UNDI BN - BARU MENANG JAWATAN NAIB SUDAH PAKAI 6 BODY GUARD KETIKA BERKEMPEN .
April 12 Tah apa-apa tah
April 12 Dari Blog MSO-Semi Autobiografi si Pembakar Jambatan
April 12 MAHATHIR PERLU SEORANG MUSUH DALAM SATU MUSIM UNTUK KEKAL SIHAT
April 11 Rumah siap , pahat dah mula berbunyi....
April 11 Konspirasi pemilihan UMNO
April 11 Gerakan Melaga-laga Datuk Seri Najib Dengan Tun M
April 11 Kita tidak mahu kehilangan PM
April 10 Ingin tahu untuk menyokong PM
April 10 Khairy: Saya tidak kecewa~sumber malaysiakini
April 10 Dr M: 'Positif' Khairy tidak tersenarai~sumber malaysiakini
April 9 Syabas DS Najib dan barisan kabinet baru
April 9 DEMI KEBAIKAN MASA DEPAN SEMUA, NAJIB KENA BERSIKAP TERBUKA, IKHLAS DARI AWAL
April 8 NAJIB PERLU ADA IDENTITI SENDIRI MENERAJUI UMNO DAN NEGARA
April 8 Surat terbuka buat ayahanda Tun MahathirApril 7 Bila orang pak Lah dicantas~Sumber nuraflah blog
April 7 Bukan sahaja Ahli UMNO - rakyat juga tidak dapat merasakan peralihan
April 7 : BARISAN NASIONAL HARUS BERKEMPEN SEBAGAI SEBUAH PARTI, BUKAN KERAJAAN
April 6 have we now forgiven Tun?
April 6 Apakah Projek Jambatan Bangkok akan disambung semula?
April 6 10 Menteri akan digugurkan
April 5 Walk The Talk






Pemimpin Politik

  • YAB Datuk Seri Najib
  • Tan Sri Muhyiddin
  • DS Shahidan Kassim
  • Dr Khir Toyo
  • Khairy Jamaluddin
  • Ezam Mohd Nor
  • Shahrir Samad
  • Ahmad Shabery
  • Che Det
  • Ali Rustam
  • Ali Rustam
  • Lim Kit Siang
  • Datuk Mukhriz

Selamatkan peniaga kecil Melayu ~ kembalikan KPU

Selamatkan peniaga kecil Melayu ~ kembalikan KPU
sumber~http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com