Walk D Talk

Kabinet Rakyat...Najib mahu pandangan anda

Klik untuk hantarkan pandangan anda www.1malaysia.com.my
(Najib hanya mahu pandangan dari rakyat yang celik IT sahaja dan punya ekses internet )

Artikel Panas
* Surat terbuka buat Ayahanda Tun
* Ingin tahu untuk menyokong PM
* Konspirasi pemilihan UMNO

*MAHATHIR PERLU SEORANG MUSUH DALAM SATU MUSIM UNTUK KEKAL SIHAT


Muhyiddin Yassin - 2 Tahun UMNO dan BN Kuat

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menetapkan tempoh dua tahun dari sekarang untuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) melaksanakan segala transformasi yang sesuai dalam usaha menguatkan kedudukan parti itu.

Apakah Muhyiddin bercakap melalui perancangan dan plan yang telah ada pada beliau atau bercakap hanya dengan bayangan dan hasrat sahaja. 12 April 2009 - Kami akan membiarkan keyataan ini sebagai ingatan dan kayu pengukur dari bulan ke bulan.

(soalan: apakah kayu ukuran dan formula Muhyiddin menetapkan dua tahun ini? adakah master paln atau ikut jangkaan hati )

Kemana peniaga kecil Melayu mahu bergantung lagi ?

Kemana kah peniaga Melayu mahu bergantung apabila Kementerian Pembangunan Usahawan dihapuskan ?

KPU cukup sinonim dengan umat melayu, tolak tepi platform politik disitu ada ahli umno,ahli pas dan pkr berbangsa melayu yang nyawa perniagaannya bergantung kepada keistimewaan ini, termaktub dalam perlembagaan persekutuan artikel 153 hak-hak keistimewaan orang melayu.

KPU bukan tongkat untuk seluruh usahawan melayu, sebaliknya menjadi satu 'nyawa perniagaan' berupa loan-loan pinjaman perniagaan bagi seluruh peniaga melayu. tanya sahaja makcik dan pakcik yang menjual karipap dan kuih muih, mamat rocker yang menjual bundle, awek comel lote yang menjual kek, brader mekanik kereta, bekas racer yang buka bengkel motosikal.

Mana mungkin melayu-melayu diatas lulus permohonan pinjamannya di public bank ! kerat jari kalau bank cina atau bank-bank lain nak menolong mereka.

Kemana arah tuju peniaga-peniaga melayu ini ? pasti ke KPU kerana didalamnya ada TEKUN dan MARA , dua buah institusi yang cukup banyak menghidupkan nyawa peniaga-peniaga melayu. apa yang aku cakap ini mudah, bahasa kampung dan tidak perlulah aku menjangkau lebih jauh akan JASA MARA menolong para-para kontraktor kelas F dll untuk membiayai pinjaman mereka. Sumber GAP

Walk D Talk

  • ‘..a government that places a priority on performance and result, because the people must come first.’
  • ‘..conduct a comprehensive review of the Internal Security Act’
  • ‘..rise to the challenge of building a One Malaysia. People First. Performance Now.’
  • ‘..sow the seeds of goodwill and understanding in every corner of this land, so that we continue to harvest the fruits of progress and prosperity for all Malaysians’.

Followers


widgets
www.e-referrer.com

Blog Archive

  • ▼  2009 (38)
    • ▼  May (6)
      • ▼  May 21 (1)
        • Betul dah , apa yang Najib lakukan
      • ►  May 20 (1)
      • ►  May 16 (1)
      • ►  May 10 (1)
      • ►  May 07 (1)
      • ►  May 06 (1)
    • ►  April (32)
      • ►  Apr 27 (1)
      • ►  Apr 23 (1)
      • ►  Apr 22 (1)
      • ►  Apr 21 (2)
      • ►  Apr 19 (1)
      • ►  Apr 17 (1)
      • ►  Apr 15 (1)
      • ►  Apr 14 (1)
      • ►  Apr 13 (2)
      • ►  Apr 12 (1)
      • ►  Apr 11 (3)
      • ►  Apr 10 (2)
      • ►  Apr 09 (5)
      • ►  Apr 08 (2)
      • ►  Apr 07 (4)
      • ►  Apr 06 (2)
      • ►  Apr 05 (2)


About Me

My photo
Walk D Talk 09
Selamat melayari blog ini , Walk D Talk yang akan memastikan bahawa matlamat peralihan kuasa kerana UMNO mahukan perubahan dilaksanakan dengan perubahan yang sebenar dan bukan kerana hanya mahukan perubahan kuasa. MENYAHUT CABARAN DS NAJIB, BERANI MENEGUR DAN BERANI BERUBAH.
View my complete profile

Thursday, May 21, 2009

Betul dah , apa yang Najib lakukan

Tahniah, betulah apa yang Najib lakukan ini, sebenarnya kita bukan menentang pembinaan jambatan baru, cuma kita menentang cara ianya mahu dibina. Kita menentang cara kuku besi Tum Mahathir yang mahu memaksa jambatan ini dibina mengikut kehendak beliau sahaja. Jika Singapura tak setuju , kita rogol saja.

selanjutnya
Posted by Walk D Talk 09 at 7:21 PM

Wednesday, May 20, 2009

Apakah keputusan BN tidak bertanding bijak ?

Kita akhirnya terpaksa menerima keputusan bahawa BN tidak akan bertanding di pilihan raya kecil Penanti atas alasan kerana kita tidak mahu melayan permainan politik Anwar Ibrahim yang pasti kita ketahui sedang menyusun satu demi satu pilihan raya kecil di kawasan kuat mereka. Pada mulanya ramai antara pemimpin UMNO dan ahli UMNO merasa agak janggal menerima hakikat pertama kali dalam sejarah BN sedari parti perikatan lagi bahawa kali ini BN tidak bertanding di dalam pilihan raya kecil.
Seterusnya
Posted by Walk D Talk 09 at 8:06 AM

Saturday, May 16, 2009

Mahathir: Saya tidak akan campurtangan isu jambatan bengkok

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan beliau tidak akan campurtangan dalam keputusan kerajaan sama ada akan menyambung semula projek pembinaan jambatan bengkok di Johor atau sebaliknya.

Meskipun kecewa dengan pembatalan projek tersebut, Dr Mahathir berkata beliau tidak akan mempengaruhi kerajaan untuk menyambung semula projek itu.

selanjutnya

Posted by Walk D Talk 09 at 11:14 PM

Sunday, May 10, 2009

3/4 dari apa yang saya laporkan diakui adalah benar 1/4 lagi disorok untuk menyerang saya .

Seawal pagi Jumaat yang lalu saya telah bertolak ke utara dalam satu sesi lawatan dalam tugas dan baru saja kembali ke KL pada jam 6 petang tadi, (Hari ini hari minggu) Sebaik saja sampai ke KL saya terus ke rumah ibu untuk menyambut hari ibu dan kemudian pulang ke rumah selepas menyaksikan game antara MU dan MC yang mana berakhir MU telah menang 2-0. Dalam perlawanan berkenaan , Rolnado telah bersikap tidak profesional kerana tidak berpuas hati apabila dikeluarkan oleh pengurus MU .

Selanjutnya
Posted by Walk D Talk 09 at 11:32 AM

Thursday, May 7, 2009

Kalau takut dilanda ombak jangan berumah ditepian pantai , kalau takut dugaan blogging .... berhenti saja lah blogging

oleh: Nenek kebayan Versi Inggeris
Saya baru saja pulang dari kerja dan setelah beristirehat dan menunaikan apa yang patut saya tunaikan , seperti biasa saya membuka internet untuk membaca berita-berita di internet. siang saya baca surat khabar , malam saya baca internet.Topik yang paling saya mahu baca sangat pada malam ini adalah isu Dewan Undangan negeri kerana saya tidak sempat menonton Berita di TV hari ini , setelah melayari semua laman saya melayari Agenda Daily.saya teringat semalam ada menulis mengenai bloggers setengah masak tuh , tidak pula saya menyangka dia dimarahi oleh suaminya hari ini. Sebab apa saya tidak tahu lah.Minta maaf lah jika ianya membabitkan suami puan , sebab saya tidak pernah mengenali puan dan tidak pernah tahu puan siapa sebelum ini. Saya hanya mengenali puan ketika di PWTC ketika berdiri di sebelah Datuk TS. Cuba ingat kembali ada tak awak bertemu dengan Datuk T S. Itu saja yang mahu saya tanya dahulu. Kepada suami Puan saya meminta maaf, saya ingat tulisan saya habis sampai disitu saja. i don't mean to get him involve , sebab saya rasa ini adalah antara bloggers .
Selanjutnya
Posted by Walk D Talk 09 at 9:47 AM

Wednesday, May 6, 2009

Bloggers Asam Pedas jangan main api

Saya ada terbaca mengenai seorang bloggers yang menulis dalam cara berahsia mengenai isu Rashid yang mahu dilantik sebagai SUA TPM dan telah hangat diperdebatkan antara ramai bloggers -bloggers termasuklah seorang bloggers wanita yang menulis di blognya Asam Pedas. Saya sudah malas mahu menulis mengenai peristiwa ini kerana saya merasakan TPM sendiri tidak menerima produk KJ , Apa boleh buat itu hak TPM dan beliau berhak untuk menentukan nya.

selanjutnya
Posted by Walk D Talk 09 at 10:16 AM

Monday, April 27, 2009

ZAKHIR INGAT KEMPEN PEMUDA MASIH BELUM TAMAT LAGI

Oleh Bahadur Hishamuddin

Bila terpandang nama Zakhir di ruangan kpmu.net, menjadi tajuk rencana, kemudian lihat gambarnya berdiri tersengeh sebelah kiri Tun Mahathir, memang pasti saya kenal orang besar ini. Sebelah kanan Mahathir pula tercegat tumpang tui ialah Salahuddin yang juga bukan asing pada saya. Beliau pun tidak kurang bermain kotor dalam blognya.

Tetapi dalam ertikata sebenar, mereka berdua sudah menjadi makhluk asing dalam UMNO terutama Zakhir yang mempunyai blognya sendiri yang diwujudkan semata-mata untuk menjunjung Datuk Mukhriz Mahathir ke langit.

selanjutnya

Posted by Walk D Talk 09 at 8:49 AM

Thursday, April 23, 2009

Lagi teruk , Melayu tunduk bawah Cina Singapura

Ni yang paling syok sekali. Tahun2 lepas, Bank Negara tak benarkan Singapura membeli bank2 Malaysia macam orang gila kerana ada pelbagai undang2. Nampaknya, anak Tun Abdul Razak ni akan membenarkan Singapura membeli kesemua bank2 di Malaysia dan merompaknya dan membuat sesuka hati.

Di Amerika, bila cerita bailout ni, kerajaan Amerika tidak membenarkan Syarikat pelaburan asing seperti yang dari China dan Singapura membeli bank2 Amerika sewenang-wenangnya. Kenapa?

Selanjutnya
Posted by Walk D Talk 09 at 8:53 AM

Wednesday, April 22, 2009

Masih menunggu sentuhan DS Najib

Kini kesah jambatan Bengkok sudah mula diperkatakan kembali setelah Tun Lah melepaskan jawatan beliau kepada DS Najib. Ramai yang berpendapat bahawa jambatan ini mungkin akan disambung kembali pembinaannya setelah terhenti seketika di waktu pemerintahan Tun Lah. Banyak pendapat yang pro dan yang kontra kita dengar mengenai jambatan bengkok ini. Ada yang mengatakan bahawa dengan terbenanya jambatan bengkok ini dapat melonjakkan sedikit ekonomi Malaysia dan ada juga yang tidak bersetuju kerana ketika dunia menghadapi krisis ekonomi dan kita melaburkan banyak wang untuk membangunkan jambatan berkenaan.


Seterusnya
Posted by Walk D Talk 09 at 11:29 AM

Tuesday, April 21, 2009

Jambatan bengkok yang merogol Singapore lambang kedetektoran Tun Mahathir

Sememang selama ini kita semua terlena dan tidak terfikir apa yang difikirkan oleh Datuk Shahrir Samad mengenai jambatan bengkok yang mula diperkatakan kembali setelah Datuk Seri Najib mengambil alih tampuk pimpinan dari Tun Lah . Jelas dalam jangka masa awal ini kita dapat melihat siapa yang menguasai kerajaan dan siapa yang sebenarnya berperanan sebagai Perdana Menteri dan terlalu ketara apabila Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri dan Khairy Jamaluddin tidak diberikan sebarang jawatan di dalam kerajaan.
selanjutnya
Posted by Walk D Talk 09 at 7:11 AM

BN jadi parti 'nakhoda zaman'

JOHOR BAHRU 20 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) mesti mampu menjadi parti 'nakhoda zaman' untuk membawa perubahan kepada negara ini.

Perdana Menteri berkata, apa yang beliau maksudkan sebagai parti 'nakhoda zaman' ialah BN perlu melakukan perubahan mendahului zaman yang sepatutnya dilakukan oleh semua pemimpin BN.

baca selanjutnya

Posted by Walk D Talk 09 at 6:25 AM

Sunday, April 19, 2009

Sejarah jika BN tidak bertanding - Inilah perubahan!!!!

Pertama kali kita dengar BN mungkin tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya kecil , dayus sungguh UMNO yang gakut di bumi sendiri di tanah pemerintahan sendiri. Apakah Najib mahu membuat suatu kelainan dari Pak Lah, jika Najib mahu buat satu kelainan sekali jangan lah sampai UMNO dilihat sebagai dayus dan takut. Jika UMNO tidak bertanding di Penanti, Orang UMNO nak undi siapa. UMNO tidak akan terlibat dalam kempen pilihan raya yang mana kita akan dihentam tidak melawan. Silap silap orang UMNO di Penanti akan membantu mana -mana parti yang akan bertanding. PKR tidak akan mahu menang tanpa bertanding , mereka pasti akan menaja calon bebas bagi mengadakan pilihan raya yang mana mereka aka menguasai pilihan raya berkenaan, ilham apa yang Najib dapat ini? Jangan malu kan UMNO , ini tidak perlu dibincangkan dalam MT kerana pastinya dan wajibnya UMNO perlu bertanding. Menang kalah perkara kedua. UMNO bukan tidak pernah kalah dalam pilihan raya kecil , Jika kalah juga tidak akan membuat sebarang perubahan kepada mana-mana pemerintahan , Jika tidak mahu guna banyak wang , UMNO tidak perlu berkempen besar-besaran , Tak perlu janji projek berjuta-juta , tidak perlu turun satu Malaysia. Biar UMNO Permatang Pauh dan Pulau Pinang sahaja yang uruskan pilihan raya kecil ini.

Anak Tun
Petikan kenyataan Tun Mahahthir dalam kempen beliau menjatuhkan Khairy Jamaluddin - Beliau akan mengulangi ini sepanjang hayatnya . Apa lagi yang Tun mahukan . Mukhriz telah pun dilantik sebagai timbalan menteri atas desakan Tun.Beliau mengingatkan pemimpin Umno terutama generasi muda supaya tidak mencari jalan mudah untuk memperoleh kedudukan dan kuasa termasuk melalui amalan rasuah yang akhirnya akan membinasakan parti.Inilah kata kata retorik Tun sehingga ada kalangan ahli UMNO yang sudah naik bosan. Sepatutnya Tun berkata , pemimpin muda jangan cari jalan mudah untuk memperolehi kedudukan kuasa dengan mengamalkan penyalahan pengaruh dengan mendesak ayah nya memberikan beliau kuasa dengan cara mengarahkan PM untuk melantik beliau sebagai Timbalan Menteri , tidak kira lah atas alasan arahan mahu pun sengaja mahu beri untuk menyedapkan hati Tun atau apa juga. Rakyat bukan buta dan tidak tahu menilai kebolehan beliau. Sungguh memalukan apabila menerima jawatan Timbalan Menteri atas kabel ayah, Ini lagi dayus dan malukan UMNO.

Jambatan Bengkok
Sekiranya Najib tunduk dengan desakan Tun dengan bersetuju membina kembali jembatan bengkok, komfirmlah Malaysia kini bukan di perintah oleh Najib tetapi di perintah oleh Tun Dr Mahathir. Tun tidak mahu Najib lantik Khairy Jamaluddin dan singkir Azalina , Ini telah pun ditunaikan. Tun mahu anaknya menjadi Timbalan Menteri , Ini juga telah di turuti. Tun mahu Muhyiddin jadi TPM , Ini juga telah dituruti, Tun mahu jambatan bengkok dan ini juga berlaku, bererti Tun lah Perdana Menteri yang ke 4 dan ke 6.
Posted by Walk D Talk 09 at 5:43 AM

Friday, April 17, 2009

Rosol lawan siapa ni… Ahmad atau istana?

Oleh Mohd Ali Mohd Hamdan

DALAM Berita Harian (Jumaat 17 April 2009), ADUN Ajil dan bekas calon Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu, Rosol Wahid secara terang-terangan mahu Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said digantikan dengan alasan ‘pelbagai masalah dan kelemahan’ kepemimpinannya.

“Kami sudah hilang keyakinan terhadap beliau. Terlalu banyak masalah yang mencerminkan kelemahan dalam mentadbir negeri…”

Dengan kenyataan Rosol yang tewas dalam percubaannya menumbangkan Tengku Putera Tengku Awang dalam perebutan jawatan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu mendedahkan memang ada usaha sebenarnya mereka (10 ADUN) membuat undi tidak percaya kepada Menteri Besar.

Selanjutnya

Posted by Walk D Talk 09 at 1:08 PM
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Arkib

April 14 MACAM MANA RAKYAT MAHU UNDI BN - BARU MENANG JAWATAN NAIB SUDAH PAKAI 6 BODY GUARD KETIKA BERKEMPEN .
April 12 Tah apa-apa tah
April 12 Dari Blog MSO-Semi Autobiografi si Pembakar Jambatan
April 12 MAHATHIR PERLU SEORANG MUSUH DALAM SATU MUSIM UNTUK KEKAL SIHAT
April 11 Rumah siap , pahat dah mula berbunyi....
April 11 Konspirasi pemilihan UMNO
April 11 Gerakan Melaga-laga Datuk Seri Najib Dengan Tun M
April 11 Kita tidak mahu kehilangan PM
April 10 Ingin tahu untuk menyokong PM
April 10 Khairy: Saya tidak kecewa~sumber malaysiakini
April 10 Dr M: 'Positif' Khairy tidak tersenarai~sumber malaysiakini
April 9 Syabas DS Najib dan barisan kabinet baru
April 9 DEMI KEBAIKAN MASA DEPAN SEMUA, NAJIB KENA BERSIKAP TERBUKA, IKHLAS DARI AWAL
April 8 NAJIB PERLU ADA IDENTITI SENDIRI MENERAJUI UMNO DAN NEGARA
April 8 Surat terbuka buat ayahanda Tun MahathirApril 7 Bila orang pak Lah dicantas~Sumber nuraflah blog
April 7 Bukan sahaja Ahli UMNO - rakyat juga tidak dapat merasakan peralihan
April 7 : BARISAN NASIONAL HARUS BERKEMPEN SEBAGAI SEBUAH PARTI, BUKAN KERAJAAN
April 6 have we now forgiven Tun?
April 6 Apakah Projek Jambatan Bangkok akan disambung semula?
April 6 10 Menteri akan digugurkan
April 5 Walk The Talk






Pemimpin Politik

  • YAB Datuk Seri Najib
  • Tan Sri Muhyiddin
  • DS Shahidan Kassim
  • Dr Khir Toyo
  • Khairy Jamaluddin
  • Ezam Mohd Nor
  • Shahrir Samad
  • Ahmad Shabery
  • Che Det
  • Ali Rustam
  • Ali Rustam
  • Lim Kit Siang
  • Datuk Mukhriz

Selamatkan peniaga kecil Melayu ~ kembalikan KPU

Selamatkan peniaga kecil Melayu ~ kembalikan KPU
sumber~http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com